
SEJUMLAH orang bertindak mengangkat sebuah kereta yang melanggar seorang kanak-kanak perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya - Reuters
WENZOU, China – Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan