
Hukuman sebat ke atas Mansor Almaribe yang dikenakan sebanyak 500 sebatan telah dikurangkan kepada 75 sebatan dan dia juga dibebaskan daripada hukuman penjara selama 12 bulan selepas mendapat pengampunan diraja.Walaupun Mansor masih dikenakan hukuman sebat, namun tidak dinyatakan bagaimana ia dilakukan.
Ada laporan menyatakan hukuman sebatan itu dijalankan dengan cara yang tidak menyakitkan ke atas Mansor, yang ditahan pada 14 November tahun lalu di Madinah ketika sedang mengerjakan ibadat haji.
Dalam pada itu, pejabat Menteri Luar Australia, Kevin Rudd memaklumkan, Mansor telah dibebaskan dan kini dalam perjalanan pulang ke Melbourne.
Sementara itu, anaknya, Isaam pula memaklumkan bapanya amat letih namun masih mampu untuk menaiki pesawat dan pulang ke rumah mereka.
“Kami gembira kerana ayah akhirnya dapat pulang,” katanya.
Mansor sebelum ini dilaporkan menderita penyakit diabetes dan jantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan