Ahad, 12 Februari 2012

[VIDEO] Kanak-kanak dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad

                                                                                     Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut.
Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.

Rabu, 1 Februari 2012

Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran Langsung tidak terbakar

                                                                                           Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.
Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.
Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.
Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.
Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54
Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.
Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53
Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR/ Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam

Khamis, 26 Januari 2012

Artis Terkenal Filipina Peluk Islam

                                                                                                    Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.
“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.Queenie Padilla juga berkata, ayahnya antara orang yang paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau juga berkata “Dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.
Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, “Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat,” katanya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.
Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.
Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. “Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam,” tegasnya. Alhamdulillah. 

Liam Neeson to convert to Islam?


                                                                                       
London, Jan 26 (IANS) Actor Liam Neeson is planning to give up his Catholic belief and convert to Islam.
The 59-year-old actor admits an Islamic prayer "got into my spirit" while filming in Turkish city Istanbul, reports thesun.co.uk.
"The Call to Prayer happens five times a day and for the first week it drives you crazy, and then it just gets into your spirit and it's the most beautiful, beautiful thing," said Neeson.
"There are 4,000 mosques in the city. Some are just stunning and it really makes me think about becoming a Muslim," he added.
Neeson was raised in Northern Ireland as a devout Catholic, and was named after the local priest.